History of CWSS (ML)
Sejarah Sekolah Menengah Commonwealth
Sekolah Menengah Commonwealth dibangunkan pada tahun 1964. Dibangunkan sebagai Tanglin Integrated Vocational Secondary School, sekolah ini merupakan antara sekolah terawal yang dibangunkan pada tahun 60an untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan Queenstown memperoleh pendidikan asas. Setelah lima tahun beroperasi, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tanglin.
Pada tahun 1972, sekolah ini menukar nama kepada Sekolah Menengah Commonwealth untuk memperingati pertemuan pertama Mesyuarat Pemerintah-pemerintah Ketua Commonwealth (Commonwealth Heads of Government Meeting) di Singapura pada tahun 1971. Sekolah Menengah Commonwealth memperoleh status sekolah berautonomi pada tahun 1995. Pengiktirafan ini adalah atas dasar kemajuan kualiti pendidikan di sekolah ini yang berterusan.
Kini, pelbagai program khas yang unik diadakan sebagai usaha untuk menyahut cabaran abad ke-21 seperti pendidikan persekitaran, persembahan kesenian, ‘Design Thinking’ dan pendidikan ‘Maker’. Untuk mengukuhkan program pembangunan dan perkembangan sahsiah pelajar, model kepimpinan berkhidmat (Servant Leadership) juga diterapkan.